PRN Johor: Dr Adham mahu pertahan kestabilan, kemajuan Johor

PRN Johor: Dr Adham mahu pertahan kestabilan, kemajuan Johor

ADHAM ketika hadir proses penamaan calon DUN Pasir Raja di Dewan Arena Segitiga hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

​KOTA TINGGI: ‘Kepulangan’ semula bekas penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja ke arena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini membawa misi untuk memastikan kestabilan dan kemajuan di Johor terus dipertahankan.

Calon berkenaan, Datuk Seri  Dr. Adham Baba berkata agenda utama dalam tempoh kritikal ini adalah memastikan mesej, visi dan misi dibawanya dapat disampaikan secara terus kepada setiap lapisan pengundi.

​”Kita mahu memastikan kemenangan di pihak Barisan Nasional. Untuk itu, misi dan visi kita adalah seterusnya kepada agenda Maju Johor 2030. 

“Ini merupakan antara sebablah kita kembali kepada pilihan raya negeri ke-16 kali ini. Kita mahu melihat supaya kestabilan dikekalkan dan kemajuan diteruskan dalam misi seterusnyalah. 

“Kami akan melakukan yang terbaik kerana perkara ini penting dalam pilihan raya seperti yang kita temui sekarang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Arena Segitiga hari ini.

​Bekas Menteri Kesihatan itu juga tekad memanfaat sepanjang tempoh berkempen untuk bertemu dan menyantuni seramai mungkin masyarakat di kawasan berkenaan.

“Yang penting bagi saya di N35 ialah bagaimana saya dapat bertemu dengan seramai mungkin masyarakat yang telah berdaftar sebagai pengundi SPR dan menjelaskan visi misi yang seterusnya.

“Kestabilan dikekalkan, kemajuan diteruskan ialah perkara utama untuk kita,” katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa puas hati dan memuji kelancaran proses penamaan calon yang dikendalikan oleh pihak SPR walaupun lokasi pusat penamaan tersebut terletak di luar kawasan DUN Pasir Raja.- UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN