Polis buru pemandu Proton Iriz tular lorong secara tiba-tiba - Utusan Malaysia

Polis buru pemandu Proton Iriz tular lorong secara tiba-tiba

Proton Iriz tukar lorong
TANGKAP layar daripada video kamera papan pemuka yang tular menunjukkan Perodua Kelisa terbalik selepas bertembung dengan sebuah Proton Iriz yang menukar lorong secara tiba-tiba dekat Batu 2 ½, Jalan Meru di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis memburu pemandu Proton Iriz yang menukar lorong secara tiba-tiba sehingga menyebabkan sebuah Perodua Kelisa terbalik dekat Batu 2 ½ Jalan Meru di sini, pada Selasa lalu dan tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 tengah hari itu siasatan pihaknya mendapati lelaki yang memandu Perodua Kelisa berwarna putih itu dalam perjalanan dari arah Meru menghala ke Klang.

“Apabila sampai di Batu 2 ½, tiba-tiba sebuah Proton Iriz berwarna maroon yang dipandu di lorong kiri mengubah haluan ke kanan dan melanggar Perodua Kelisa.

“Akibat daripada pelanggaran itu, kereta terbabit hilang kawalan dan terbalik di lokasi kemalangan. Pemandunya tidak mengalami kecederaan, manakala pemandu Proton Iriz melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Beliau menambah, polis menerima laporan mengenai kemalangan tersebut pada Rabu lalu kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya. Usaha untuk mengesan pemandu m/kar  yang melarikan diri masih dijalankan .

“Mana-mana individu atau orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan itu boleh tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Sarjan Low Wee Hong di talian 017-6747946,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN