Sidang DUN Khas: Moratorium sewa, pinjaman perumahan Selangor

Sidang DUN Khas: Moratorium sewa, pinjaman perumahan Selangor

Moratorium sewa pinjaman
AMIRUDIN Shari membentangkan Pakej Daya Tahan Selangor berjumlah RM355.06 juta dalam Sidang Khas DUN Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor melancarkan tawaran moratorium bagi Skim Smart Sewa Selangor dan pinjaman perumahan kerajaan negeri masing-masing dengan peruntukan sebanyak RM2.22 dan RM2.54 juta.

Moratorium tersebut adalah sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM209.26 juta Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2 bagi menampak kesan krisis perang Amerika Syarikat dan Iran yang menjejaskan rantaian bahan api susulan penutupan Selat Hormuz.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kedua-dua bantuan tersebut dijangka memberi manfaat kepada 1,012 warga Selangor dan 2,333 penjawat awam di negeri ini.

“Melalui program Smart Sewa, kadar sewa adalah antara RM450 hingga RM1,300 sebulan. Oleh itu, semua 1,012 penyewa rumah ditawarkan moratorium bermula Oktober hingga Disember 2026,

“Bagi membantu penjawat awam menjelaskan bayaran pinjaman SKim Pinjaman Perumahan Kerajaan negeri, pentadbiran ini menawarkan peluang moratorium (dalam tempoh sama),” katanya ketika membentangkan Pakej Daya Tahan Selangor pada Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Dalam sidang khas tersebut, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM355.06 juta dalam pakej berkenaan bagi menampan kesan akibat kejutan rantaian bahan api yang memberi kesan kepada bekalan global susulan penutupan Selat Hormuz.

Pakej tersebut melibatkan dua fasa masing-masing berjumlah RM145.8 dan RM209.26 juta yang diperuntukkan bagi pelbagai sektor termasuk bekalan makanan, pertanian, pengangkutan awam, perumahan, pendidikan, perkhidmatan, keusahawanan dan sebagainya.

Dalam pakej sama, Amirudin turut mengumumkan pelaksanaan rebat cukai taksiran seratus peratus dengan peruntukan sebanyak RM5.5 juta kepada rakyat yang mahu menggunakan tenaga bersih dan langkah mesra alam.

“Contohnya, di peringkat kejiranan dan perumahan, pemasangan bumbung panel solar, penuaian air hujan, proses kitar semula, sistem pengkomposan sisa makanan, unit pengecasan kenderaan elektrik dan membantu ke arah negeri neutral karbon di masa hadapan.

“Kerajaan negeri akan menawarkan rebat cukai taksiran seratus peratus bagi tahun ini sekiranya mereka memasang satu daripada teknologi di atas,” jelasnya.

Katanya lagi, setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menyediakan dana antara RM100,000, RM200,000 dan RM1.5 juta mengikut proses permohonan yang akan diselaras dan dipermudahkan untuk urusan di peringkat kerajaan tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN