Pemergian Umer Chapra kehilangan besar dunia keilmuan Islam - Utusan Malaysia

Pemergian Umer Chapra kehilangan besar dunia keilmuan Islam

Profesor Dr. Muhammad Umer Chapra - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dunia kesarjanaan dan keilmuan Islam kehilangan seorang tokoh terbaiknya susulan pemergian ahli ekonomi Islam terkemuka, Profesor Dr. Muhammad Umer Chapra.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemergian Allahyarham menandakan berakhirnya sebuah kehidupan yang diabdikan sepenuhnya kepada perjuangan menegakkan keadilan, memperkasa pemikiran dan mengangkat martabat insan menerusi ilmu.

Katanya, ketika bidang ekonomi sering dipisahkan daripada pertimbangan akhlak dan kemanusiaan, Allahyarham tampil mengingatkan bahawa kemakmuran tanpa keadilan tidak lebih daripada sekadar fatamorgana.

“Kemakmuran tanpa keadilan pada akhirnya tidak lebih daripada sekadar fatamorgana, indah pada pandangan, namun kontang makna dan kesejahteraan sebenar.

“Melalui tulisan dan pemikirannya, beliau menghidupkan kembali tradisi intelektual Islam yang menautkan kemajuan dengan insan serta pertumbuhan dengan tanggungjawab kepada masyarakat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, legasi Allahyarham akan terus menjadi obor yang menerangi usaha umat Islam membangunkan sistem ekonomi lebih adil, manusiawi dan bermaruah.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, seorang sahabat dan sarjana yang mencerahkan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN