Muhasabah diri tengok koleksi bag tangan, Ozlynn tidak jual baju yang ikut bentuk badan walaupun labuh - Utusan Malaysia

Muhasabah diri tengok koleksi bag tangan, Ozlynn tidak jual baju yang ikut bentuk badan walaupun labuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memiliki koleksi beg tangan mewah mungkin menjadi kepuasan bagi sesetengah individu, namun tidak bagi pelakon Ozlynn yang mengakui pandangannya terhadap kemewahan berubah selepas mula memikirkan soal kehidupan di akhirat.

Ozlynn atau Rozlinawaty Ismail, 45, berkata, dia pernah membeli dan mengumpul koleksi beg mewah kerana minat peribadi, bukannya untuk mendapatkan perhatian orang ramai.

“Saya beli dulu sebab memang suka. Saya pilih warna yang mahal yang susah nak dapat dan memang terhad. Tapi saya beli itu bukan untuk tontonan umum pun.

“Hanya beberapa orang rakan rapat yang mengetahui bahawa saya mempunyai koleksi beg dan kadang-kdang mereka nak pakai pergi majlis pun saya bagi pinjam. Tapi sekarang ini, bila tengok sahaja koleksi bag iu semula, apa yang saya nak jawab dengan Allah nanti,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Dalam pada itu, Ozlynn berkata, dia juga memilih untuk tidak menjual semula pakaian mahal yang pernah dibelinya walaupun terpaksa menanggung kerugian.

“Baju mahal yang labuh tapi ikut bentuk tubuh pun saya tidak akan jual balik. Biarlah rugi di dunia. Sebab takut orang beli pakai saham saya dekat akhirat nanti macam mana? Beg mungkin ada yang nak jual sebab saya lebih suka kehidupan ringkas sekarang ini. Tenang,” ujarnya.

Ozlynn berkata demikian bagi membalas pertanyaan seorang individu yang mempersoalkan tindakan sesetengah orang yang sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk membeli beg tangan mahal.

Untuk rekod, Ozlynn telah berkahwin dengan Johan Raja Lawak pada 25 Julai 2009. Mereka dikurniakan 5 orang anak iaitu Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq. Ariq pula merupakan anak Ozlynn dengan perkahwinan sebelumnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN