Mohd. Alwi Ketua Polis Perak yang baharu - Utusan Malaysia

Mohd. Alwi Ketua Polis Perak yang baharu

MOHD. Yusri Hassan Basri (tengah) menyaksikan serah terima tugas jawatan Ketua Polis Perak antara Datuk Noor Hisam Nordin (kiri) dan Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin di Mes Pegawai Kanan Perak di Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin memulakan tugas sebagai Ketua Polis Perak yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Noor Hisam Nordin yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas tersebut berlangsung di Mes Pegawai Kanan Perak dengan disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri.

Turut diadakan majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Kebajikan Polis (Perkep) negeri di antara Datin Noormawati Abdul Latip dan Datin Wan Norazah Wanchik.

Sementara itu, Mohd. Alwi, 58, ketika ditemui berkata, fokus penugasannya di Perak akan berpandukan kepada visi dan misi PDRM yang menekankan keselamatan dan ketenteraman awam selaras dengan hala tuju pucuk pimpinan pasukan.

Beliau berkata, Ketua Polis Negara menetapkan tiga fokus utama iaitu transformasi penugasan berasaskan teknologi dan kecerdasan buatan (AI), pengukuhan integriti pasukan serta peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

“Selain itu, aspek kebajikan pegawai dan anggota turut diberi perhatian kerana ia merupakan antara elemen penting dalam memastikan kecekapan dan keberkesanan penyampaian tugas,” katanya yang dilahirkan di Pusing, Batu Gajah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN