Mahasiswa didakwa aibkan kehormatan gadis dalam kereta

Mahasiswa didakwa aibkan kehormatan gadis dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang mahasiswa didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan dengan memaksa seorang individu melakukan rangsangan seksual di dalam sebuah kereta, awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Amir Nabil Salehuddin, 24, bagaimanapun membuat pengakuan tidal bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Dr. Teoh Shu Yee.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan dengan menyuruh seorang gadis berusia 20 tahun melakukan rangsangan seksual menggunakan tangan ketika berada di dalam sebuah kereta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 1.13 pagi pada 4 Jun lalu di kawasan Jambatan Jalan Lebuh Sungai Udang–Paya Rumput–Ayer Keroh (SPA) dalam daerah Alor Gajah.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan melapor diri di balai polis berhampiran.

Bagaimanapun, peguambela, Shahrul Amali Shafie, memohon jumlah jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan anak guamnya masih menuntut di institusi pengajian tinggi manakala ibunya merupakan pesara kerajaan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,600 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa. Mahkamah kemudiannya menetapkan 15 Julai depan untuk sebutan semula kes tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN