KUALA TERENGGANU: Tahap kesihatan laut Malaysia berada pada tahap membimbangkan apabila skor negara berdasar kan penilaian antarabangsa In deks Kesihatan Laut (OHI) 2025 merekodkan penurunan ketara berbanding sedekad lalu.
Malaysia memperoleh skor purata 65 daripada 100 dalam OHI 2025 yang lebih rendah berbanding purata global ia itu 72.
OHI adalah kerangka penilai an antarabangsa yang mengukur keupayaan lautan menyediakan manfaat kepada manusia secara mampan termasuk sumber ma kanan, nilai budaya dan sosial serta peluang ekonomi.
Pensyarah dan Penyelidik Program Biologi Marin serta Ketua Projek Ocean Hope Fakul ti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Maizah Mohd. Abdullah berkata, skor itu meletakkan Malaysia di kedudukan ke173 daripada 220 negara yang dinilai.
“Lebih membimbangkan, skor tersebut menunjukkan ke merosotan ketara berbanding purata pencapaian Malaysia sepanjang 10 tahun lalu yang berada pada tahap 76.
“Ini memberi gambaran ba hawa negara sedang berdepan cabaran besar dalam memas tikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan ke lestarian ekosistem marin,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Menurut Maizah, penurunan skor itu menunjukkan tekanan yang semakin meningkat ter hadap ekosistem marin negara akibat pelbagai faktor termasuk pencemaran, pembangunan pe sisir pantai dan aktiviti pelan congan tidak lestari.
Katanya, antara komponen yang paling terjejas adalah sektor rekreasi dan pelancongan marin yang mencatat kemerosotan ket ara dalam tempoh sedekad.
“Skor bagi sektor ini meru dum daripada 99 pada 2015 ke pada hanya 26 pada tahun lalu. Keadaan ini dipengaruhi oleh amalan pelancongan yang tidak lestari, kemerosotan kawasan pantai dan terumbu karang serta pencemaran yang menje jaskan kawasan rekreasi marin,” katanya.
Beliau berkata, skor 65 dicat atkan Malaysia setara dengan Filipina namun lebih rendah berbanding Indonesia yang memperoleh skor 66 dan Thai land dengan skor 70.
“Usaha pemuliharaan dan pengurusan lestari perlu diper kasa bagi memastikan sumber laut terus terpelihara untuk gen erasi akan datang,” katanya.
Katanya, ketika dunia sedang berdepan fenomena perubahan iklim dan pemanasan global, tekanan tambahan akibat pence maran serta aktiviti manusia se makin melemahkan daya tahan ekosistem laut negara.
“Perkembangan sektor pelan congan domestik yang semakin pesat selepas pandemik turut memberi cabaran baharu terha dap usaha pemuliharaan laut,” katanya.
Berhubung kualiti perairan negara, beliau berkata, secara umumnya keadaan air laut Ma laysia masih berada pada tahap baik namun beberapa kawasan tertentu terdedah kepada te kanan pencemaran akibat ak tiviti perindustrian dan pelan congan.
Jelasnya, ekosistem terumbu karang adalah habitat yang pal ing mudah terjejas akibat peru bahan kualiti air dan peningka tan suhu laut.
“Terumbu karang memain kan peranan penting sebagai habitat kepada pelbagai spesies marin dan menjadi benteng semula jadi pantai. Sebarang ancaman terhadap terumbu ka rang bukan sahaja menjejaskan biodiversiti marin, malah meng ganggu keseimbangan keseluru han ekosistem lautan,” katanya. – UTUSAN










