Bunyi letupan di luar pantai pulau Iran - Utusan Malaysia

Bunyi letupan di luar pantai pulau Iran

DUA letupan kedengaran di Pulau Qeshm. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Media kerajaan Iran pada Sabtu melaporkan bunyi letupan kedengaran di luar pantai sebuah pulau yang terletak di Selat Hormuz.

“Beberapa minit lalu, bunyi dua letupan kedengaran di Pulau Qeshm, datang dari arah laut,” lapor agensi berita rasmi IRNA.

Pulau Qeshm terletak berhampiran pintu masuk Selat Hormuz dan merupakan lokasi strategik di laluan perairan berkenaan.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Iran menyasarkan kapal tangki minyak yang melalui laluan strategik itu dan pangkalan Amerika Syarikat (AS) di negara-negara Teluk sebagai tindak balas terhadap serangan yang dilancarkan tentera AS terhadap sasaran di Iran.

Amerika juga menyasarkan kapal yang cuba memecahkan sekatan balasnya terhadap pelabuhan-pelabuhan Iran. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×