China bina kapal lancar dron bawah laut pertama di dunia - Utusan Malaysia

China bina kapal lancar dron bawah laut pertama di dunia

SEBUAH kapal berwarna merah milik China sedang dalam pembinaan. - Vantor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: China dilaporkan sedang membina sebuah kapal laut dalam pertama di dunia yang berkeupayaan melancarkan dron kapal selam secara automatik, menurut pendedahan berdasarkan imej satelit terbaharu.

Pembinaannya dikesan di sebuah pangkalan kapal di Shanghai, difahamkan berkeupayaan membawa sekurang-kurangnya empat buah kapal selam gergasi tanpa pemandu.

Imej yang dirakam oleh syarikat risikan pertahanan Amerika Syarikat (AS), Vantor, memaparkan sebuah kapal berwarna merah sedang dalam pembinaan di pangkalan kapal Hudong-Zhong­hua.

 Ia merupakan lokasi yang sama di mana Beijing pernah membina kapal perang amfibia berskala besar sebelum ini.

China kini menjadi satu-satunya negara yang diketahui berjaya mereka bentuk kapal selam tanpa pemandu pada skala seumpama itu. 

Saiz aset ketenteraan berke­naan yang terlalu besar telah mencetuskan kewujudan istilah baharu dalam arena pertahanan dunia, iaitu kapal bawah bersaiz besar tanpa pemandu (XXLUUV).

Pakar pertahanan bebas yang khusus dalam peperangan laut dalam, H I Sutton menjelaskan bahawa reka bentuk dan struktur kapal tersebut jelas menunjukkan fungsi utamanya bagi operasi ketenteraan.

“Penjelasan paling munasabah ialah ia merupakan sebuah kapal induk dron kapal selam khas,” kata Sutton kepada portal berita Naval News.

Beliau memberi teori bahawa berdasarkan saiznya, ka­pal perang baharu itu ber­keupayaan membawa se­ku­rang-kurangnya empat unit XXLUUV milik China.

Kapal selam tanpa pemandu bersaiz penuh yang pertama kali didedahkan kepada umum pada Januari 2025 itu dilaporkan telah pun menjalani ujian operasi oleh Beijing di Laut China Selatan, berhampiran pesisir pantai Pulau Hainan.

Dengan ukuran panjang antara 35 hingga 45 meter, aset ber­kenaan adalah kira-kira enam hingga lapan kali ganda lebih besar berbanding dron Boeing Orca XLUUV milik Tentera Laut AS yang berukuran kira-kira 16 meter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×