Lagu saya bantu mereka keluar dari tekanan - Kamy Kmo - Utusan Malaysia

Lagu saya bantu mereka keluar dari tekanan – Kamy Kmo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap, Kmy Kmo, 38 meluahkan rasa terharu kerana lirik lagu yang dihasilkannya membantu ramai orang keluar daripada tekanan hidup.

Pemilik nama penuh Mohamed Lukmanul Hakim Azmaili itu berkata dia gembira kerana lagu-lagunya telah menyemarakkan semangat hidup yang hilang.

“Dapat pulihkan beberapa orang pendengar yang alami ‘depression’ hidup hingga pernah cuba untuk bunuh diri.

“Dia orang bercerita melalui mesej (DM) di Instagram saya, yang dimana bait-bait lirik lagu saya banyak bantu diaorang untuk bangkit semula dalam hidup dan jadikan lagu saya sebagai semangat bekerja setiap hari.

“Rasa terharu dan sebak masa ni. Bila realiti hidup datang bercerita,” katanya.

Perkongsian Kmy Kmo itu adalah respons kepada pertanyaan usahawan, Asyraf Khalid mengenai cerita menarik yang jarang diceritakan artis dan pempengaruh.

”Semua orang sibuk cerita darkside. Jom kita tukar sikit.

“Apa bright side jadi artis atau influencer yang orang jarang cakap? Nak dengar yang real,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN