KJRI beri perlindungan kepada amah disyaki didera majikan

KJRI beri perlindungan kepada amah disyaki didera majikan

TANGKAP layar rakaman video tular di media sosial memaparkan kejadian seorang pembantu rumah warga Indonesia dipukul majikannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru di sini memberi perlindungan kepada dua wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa penderaan fizikal majikan mereka.

Jurucakapnya dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu kini ditempatkan di kediaman sementara KJRI untuk diberikan bantuan selanjutnya.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan oleh seorang warga Indonesia yang melaporkan keganasan fizikal terhadapnya dan dua warga Indonesia lain yang bekerja sebagai pembantu rumah, kelmarin.

“Berdasarkan maklumat, ketiga-tiga wanita terbabit didakwa kerap diseksa majikan mereka dalam kejadian yang berlaku pada hujung tahun lalu dan Januari lalu.Selepas kejadian itu, mangsa ditinggalkan oleh majikan mereka di kawasan Kampung Melayu Majidee, di sini.

“Disebabkan ketiga-tiganya mereka masih mahu bekerja di Malaysia, mereka terpaksa berpisah dengan salah seorang daripada mereka menuju ke Kuala Lumpur manakala dua lagi kekal di negeri ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, ketiga-tiga wanita berkenaan didapati bekerja di negara ini secara tidak sah selain selain tidak mempunyai permit kerja.

“Pasport mereka juga dipegang majikan hingga menyebabkan mereka bimbang untuk melaporkan dakwaan penderaan itu. Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka memutuskan untuk melaporkan kesengsaraan dialaminya kepada KJRI sebelum pihak konsulat memfailkan aduan kepada pihak polis.

“KJRI menerima maklumat bahawa Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara telah menahan empat individu yang disyaki terbabit dalam kes terbabit,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan dua pasangan suami isteri berusia antara 30 hingga 34 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan mencederakan pembantu rumah di sebuah kediaman di Taman Johor di Tampoi, di sini, kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN