Jururawat antara lima individu direman bantu siasatan sindiket jual MC palsu - Utusan Malaysia

Jururawat antara lima individu direman bantu siasatan sindiket jual MC palsu

DUA wanita yang disyaki terlibat dengan sindiket penjualan Sijil Cuti Sakit (MC) palsu dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Pekan selepas mendapatkan perintah reman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Lima individu termasuk seorang jururawat wanita direman antara tiga hingga empat hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan penjualan sijil cuti sakit (MC) palsu.

Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Pekan hari ini selepas polis menahan kesemua suspek berusia 30 hingga 55 tahun di beberapa lokasi sekitar daerah Pekan antara pukul 3 petang hingga 10 malam semalam.

Kesemua suspek dibawa dengan menaiki dua kenderaan polis tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi.

Majistret Melody Woon Sze Mun membenarkan tahanan reman sehingga 19 Jun ini terhadap empat suspek yang dipercayai bertindak sebagai pembekal dan orang tengah manakala seorang lagi direman tiga hari sehingga 18 Jun ini kerana disyaki bertindak sebagai pembeli.

Kes disiasat di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud menipu dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, siasatan bermula selepas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan menerima maklumat pada 12 Mei lalu tentang kegiatan penjualan MC yang dipercayai berlaku di sekitar daerah ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati MC berkenaan dipercayai dijual pada harga antara RM50 hingga RM200 sekeping.

“Kegiatan itu dipercayai dijalankan secara terancang dengan melibatkan individu yang berperanan sebagai orang tengah bagi mencari pelanggan dan menguruskan urusan penjualan MC,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN