Juara tidak semestinya popular - Fazley Yaakob - Utusan Malaysia

Juara tidak semestinya popular – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaakob mengingatkan orang ramai agar tidak mengukur kejayaan penyanyi dengan status pencapaian dalam program realiti yang mereka sertai.

Katanya, hal demikian kerana yang bergelar juara tidak semestinya popular dan memiliki perjalanan karier yang baik.

“Ramai yang suka bandingkan status Juara, Finalis dan ‘keluar awal’ dalam pertandingan realiti.

“Juara tidak semestinya popular dan yang terkeluar awal tidak semestinya terus hilang,” katanya.

Fazley berkata demikian menerusi satu hantaran di Threads.

Penyanyi yang terkenal dengan julukan ‘Abang Asmara’ itu perkara itu juga terbukti menerusi pertandingan nyanyian terdahulu.

“Realiti ini memang pahit untuk ditelan, banyak sudah program seperti Akademi Fantasia, Bigstage, Talk To My Manager, Mentor, Gangstarz dimana keputusan final tak menggambarkan perjalanan seni seseorang,” katanya.

Justeru, penyanyi yang terkenal dengan lagu Asmara Ini itu menasihatkan agar netizen tidak menghina perjalanan seni seseorang artis.

“Usaha tak sama dgn ‘rezeki. Jangan mudah menghina jatuh bangun anak seni. Tolong menjadi netizen yang baik, boleh?” Katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN