JKM satukan semula tiga kanak-kanak Indonesia dengan keluarga 

JKM satukan semula tiga kanak-kanak Indonesia dengan keluarga 

LIM Siew Khim (empat dari kanan) ketika turut dalam proses penghantaran tiga kanak-kanak warga Indonesia ke negara asal mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang berjaya menyatukan semula tiga kanak-kanak warga Indonesia dengan keluarga masing-masing menerusi proses penghantaran pulang ke negara asal mereka, hari ini.

Kesemua tiga kanak-kanak terbabit yang berusia antara satu hingga tiga tahun sebelum itu ditempatkan di bawah jagaan JKM di sini selepas diabaikan sejak lahir sebelum usaha mengesan waris mereka di Indonesia dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, Lim Siew Khim berkata, proses penyatuan semula itu berjaya direalisasikan hasil kerjasama erat antara JKM, Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) serta Jabatan Imigresen (JIM).

Menurutnya, sebaik sahaja waris kanak-kanak terbabit dikenal pasti, semua urusan dokumentasi serta penghantaran pulang kanak-kanak terbabit diselaraskan dengan teliti oleh agensi-agensi yang terlibat.

”Dalam hal ini, setiap kanak-kanak berhak mendapat kasih sayang, perlindungan dan peluang untuk membesar dalam persekitaran keluarga yang selamat. 

“Justeru, kepulangan mereka diharap dapat membuka lembaran baharu yang lebih baik bersama keluarga masing-masing,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Siew Khim, kerajaan negeri akan terus komited bagi memastikan kebajikan, perlindungan serta hak setiap kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan selaras dengan aspirasi Malaysia Madani dan Penang2030.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN