Jangan pilih bulu tegur pasal aurat - Idris Khan - Utusan Malaysia

Jangan pilih bulu tegur pasal aurat – Idris Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Idris Khan menyelar sikap dwistandard segelintir individu yang hanya bijak mengkritik isu aurat membabitkan individu tertentu, namun menutup mata apabila melibatkan filem atau artis antarabangsa yang diminati mereka.

Isa atau Idris Khan Shahzad Khan, 38, berkata, tindakan memilih bulu dalam menegur hukum agama adalah satu sikap yang tidak wajar kerana hukum mengharamkan pendedahan aurat tetap sama tanpa mengira status apa pun.

Bagaimanapun, Isa mempersoalkan tindakan segelintir masyarakat yang gemar menonton filem aksi luar negara yang memaparkan pelakon berpakaian mencolok mata.

“Tetapi masalahnya sekarang ini, yang awak semua sibuk menonton filem Tarung, Furious dan apa semua itu, yang memaparkan artis berlawan sehingga hampir berbogel itu, bukan main teruja lagi masing-masing. Menggeletis tidak ingat dunia. Lelaki dan perempuan sama sahaja berkelakuan menggatal.

“Tidak kecoh pula awak semua fasal isu aurat ini? Tiba-tiba sahaja perkara itu menjadi halal pula hanya disebabkan awak semua teruja menontonnya? Awak semua ini pilih bulu,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Perkongsian berbaur berang itu dipercayai dimuat naik oleh Isa bagi mempertahankan seorang pelari yang teruk dikecam kerana menayangkan badannya ketika berlari menerusi satu hantaran video.

Dalam pada itu, dia sempat menitipkan nasihat buat pelari berkenaan agar memperbaiki diri dalam aspek tersebut pada masa akan datang.

“Memang aurat yang didedahkan itu haram di sisi agama Islam. Semoga saudara ini dapat menjaga aurat dengan lebih sempurna selepas ini,” katanya.

Untuk rekod, Idris merupakan bekas finalis pencarian Hero Remaja 2007/2008 dan mula dikenali ramai menerusi gandingan mantapnya dalam beberapa drama popular tempatan termasuk Duda Terlajak Laris, Uda & Dara, serta Saat Kau Takluk Cinta Ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN