KUANTAN: Kerja pembinaan semula jambatan yang runtuh di Lorong Indera Mahkota 19, Taman Shahzan di sini, dijangka bermula dalam masa terdekat apabila kontraktor bagi projek itu dijadual dilantik pada pertengahan bulan depan. Ahli Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Nik Mohd. Ridzuan Kamarudin berkata, proses penyediaan dokumentasi bagi projek berkenaan kini hampir selesai selepas melalui penilaian teknikal dan penyediaan kertas kerja. Katanya, hasil pemeriksaan bersama pihak konsesi mendapati struktur jambatan sedia ada…










