FSPA UMT anjur Bengkel Akuaponik

FSPA UMT anjur Bengkel Akuaponik

KHAIRUL Anuar Kamarudin memberi pendedahan teknik penternakan ikan dan akuakultur
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui kumpulan penyelidikan Aquaculture Innovation and Empowerment Research Interest Group (AEIRIG) dengan kerjasama Persatuan Perikanan Malaysia (MFS) dan Persatuan Autisme Terengganu (PAUT) baru-baru ini menganjurkan Bengkel Akuaponik di Pusat Autisme Sejahtera Terengganu (PAUT), Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Menurut kenyataan FSPA, dua orang staf FSPA terlibat sebagai penceramah dalam program ini iaitu pensyarah fakulti, Dr. Muhammad Abduh Yazed dan Pegawai Perikanan Kanan FSPA , Khairul Anuar Kamarudin.

Program tersebut disertai oleh peserta daripada pelbagai latar belakang berbeza termasuk penternak ikan dan usahawan akuakultur dari Kuala Terengganu, Setiu dan Kedah, suri rumah, wakil komuniti serta wakil agensi korporat dan swasta yang hadir bagi menimba ilmu sambil menjayakan aktiviti sumbangan kepada komuniti

“Peserta didedahkan secara teori dan praktikal mengenai pengenalan dan asas akuaponik, reka bentuk sistem serta kaedah penyediaan sistem akuaponik, “ ujarnya.

Selain aktiviti pemindahan ilmu, program ini turut melibatkan sumbangan set akuaponik kepada pihak PAUT sebagai usaha menyokong aktiviti terapi kepada kanak-kanak autisme.

Sumbangan tersebut juga diharapkan dapat menjadi permulaan kepada inisiatif penjanaan pendapatan secara berperingkat bagi remaja autisme yang berkemampuan untuk melaksanakan dan menguruskan sistem akuaponik dengan bimbingan yang bersesuaian.

Program ini turut mendapat sokongan daripada beberapa agensi dalam menjayakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama pihak FSPA dan MFS kepada PAUT, khususnya dalam memperkukuh peranan akuaponik sebagai medium terapi, pendidikan dan pemerkasaan komuniti.

Kerjasama strategik antara AEIRIG FSPA, MFS dan PAUT ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama berimpak antara universiti, persatuan profesional, industri dan komuniti setempat, khususnya dalam memperkasa aplikasi akuaponik sebagai platform pendidikan, kelestarian, terapi dan pemerkasaan komuniti.

FFPSA tuurt mengucapkan penghargaan kepada barisan penceramah, urus setia, wakil industri, para peserta serta pihak MFS dan PAUT atas kerjasama dan komitmen yang diberikan bermula daripada awal program sehinggalah program tamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN