Empat kawasan panas lombong emas haram dalam radar Kelantan

Empat kawasan panas lombong emas haram dalam radar Kelantan

MOHAMED FADZLI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan memberi tumpuan kepada empat kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi panas aktiviti perlombongan emas haram dalam usaha mengekang kegiatan mencuri hasil bumi itu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, kawasan Lojing dan Aring di Gua Musang, Jeli serta Kuala Krai berada dalam senarai utama menerusi penguatkuasaan berterusan yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan negeri serta Pusat.

“Dakwaan bahawa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan tegas sehingga menyebabkan aktiviti perlombongan emas haram semakin meningkat adalah tidak berasas.

“Agensi negeri seperti Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) juga sentiasa menjalankan pemantauan berkala. Laporan daripada PTG dibuat secara kerap dan terus kepada saya sendiri,” katanya selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohamed Fadzli berkata, kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan pemantauan terhadap aktiviti pengambilan hasil mineral dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencuri hasil negeri.

“Tindakan tegas pasti diambil jika ada kes dikesan atau diadukan oleh orang ramai. Malah dalam simpanan kerajaan negeri ketika ini terdapat 45 buah ekskavator yang dirampas menerusi operasi membanteras perlombongan haram,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN