PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) malam ini.
Poster yang memaparkan gambar Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijana kecerdasan buatan (AI) turut tular di media sosial.
Menurut poster berkenaan, pemimpin MT PN dijadualkan mengadakan mesyuarat pada pukul 8 malam di ibu pejabat Bersatu.
Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan penstrukturan semula pentadbiran PN berkuat kuasa serta-merta sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.
Penstrukturan semula itu menyaksikan Radzi yang juga Naib Presiden Bersatu, diberhentikan perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN dan digantikan oleh Menteri Besar Kedah merangkap Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor.
Muhammad Sanusi diberhentikan perkhidmatan sebagai Bendahari PN dan digantikan oleh Timbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), S Subramaniam, manakala Mohamed Azmin yang juga Setiausaha Agung Bersatu pula diberhentikan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung PN. – UTUSAN










