Batal bekalan NSM: PAC gesa kerajaan tuntut ganti rugi setimpal

Batal bekalan NSM: PAC gesa kerajaan tuntut ganti rugi setimpal

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menzahirkan kegusaran serius berhubung tindakan kerajaan Norway menarik balik serta membatalkan lesen eksport peluru berpandu Naval Strike Misssile (NSM) yang diperuntukkan bagi projek Littoral Combat Ship (LCS).

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ini memandangkan kerajaan telah menjelaskan bayaran mencecah 95 peratus daripada jumlah kontrak keseluruhan.

“PAC menegaskan agar kerajaan memperkukuh segala langkah mitigasi dan diplomasi bagi menjamin penyelesaian yang adil serta memastikan kedaulatan fiskal negara terus terpelihara.

“Kerajaan juga hendaklah memanfaatkan sepenuhnya ruang rundingan damai atau prosiding perundangan bagi menuntut ganti rugi yang setimpal mengikut termaterma kontrak yang telah dipersetujui,” katanya dalam kenyataan.

Mas Ermieyati berkata, PAC juga berharap kerajaan dapat memberikan komitmen sepenuhnya dalam memantau garis masa penyerahan LCS supaya dapat disiapkan dengan sistem pertahanan yang lengkap dan sempurna.

Mei lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan Malaysia tetap meneruskan tindakan saman ke atas pembekal NSM yang berpangkalan di Norway berikutan kegagalan syarikat itu menghantar aset pertahanan berkenaan susulan pembatalan lesen eksport oleh kerajaan negara terbabit.

Beliau berkata, tindakan itu diteruskan biarpun rakan sejawatannya dari Norway, Tore O Sandvik sebelum ini sudah menyatakan permohonan maaf berhubung keputusan negaranya membatalkan lesen eksport NSM kepada Malaysia.

Kerajaan Norway sebelum ini dilapor membatalkan lesen eksport peluru berpandu antikapal NSM kepada Malaysia serta sistem pelancar berkaitan atas alasan untuk melindungi keselamatan negara itu.

NSM adalah peluru berpandu antikapal berkeupayaan melaksanakan serangan maritim jarak jauh pada kelajuan subsonik tinggi dengan capaian melebihi 300 kilometer. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN