Anggota Rela melecur selamatkan kenderaan semasa kebakaran - Utusan Malaysia

Anggota Rela melecur selamatkan kenderaan semasa kebakaran

NUR Iliatie Asmira Alemee menunjukkan keadaan rumahnya yang terbakar di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) melecur di kedua-dua belah kakinya semasa cuba menyelamatkan kereta miliknya daripada hangus dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Kampung Lubok Stol di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.50 malam itu, mangsa Muhammad Izzuddin Razali, 31, kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.

Nur Iliatie Asmira Alemee, 31, berkata, suaminya bertindak demikian kerana bimbang kereta berkenaan meletup sekali gus memburukkan lagi keadaan kebakaran.

Katanya, bagaimanapun dia tidak menyangkan tindakan itu menyebabkan suami mengalami kecederaan Sebab itu dia cuba mengalihkan kenderaan tersebut.

“Semasa kejadian saya sedang melipat kain sebelum dikejutkan dengan kebakaran tersebut. Mujurlah ketika itu, anak-anaknya baru bersiap untuk tidur.

“Saya kemudian mengarahkan tiga anaknya serta seorang sepupu keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi bomba untuk meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nur Ilyati memberitahu, kebakaran itu menyebabkan wang simpanan kecemasan milik suaminya berjumlah RM3,000 hangus selain tinggal sehelai sepinggang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Razali Che Mohd. Noor berkata, seramai 23 anggota termasuk pegawai telah ke lokasi untuk kerja-kerja memadam dan menyelamat sejurus menerima panggilan pukul 11.51 malam.

Katanya, setiba di lokasi bomba mendapati kebakaran itu melibatkan tiga buah rumah dan seorang mangsa telah melecur.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada Nor Iliatie Asmeera Alemee menerusi AgroBank 2006612000114171.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN