Jurufoto Utusan Malaysia raih tempat ketiga Anugerah Media Kelantan

Jurufoto Utusan Malaysia raih tempat ketiga Anugerah Media Kelantan

MOHD. Nassuruddin Daud  (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah kepada wartawan sempena Hawana Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu, Kelantan.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Rakaman visual empat pelajar meredah banjir sambil membawa beg pakaian masing-masing menggunakan penutup tangki air membolehkan jurugambar Utusan Malaysia, Kamarul Bismi Kamaruzaman meraih tempat ketiga kategori gambar berita terbaik pada Anugerah Media Kelantan 2025 (AMK 25), di sini, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Kamarul Bismi membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM300 pada majlis anjuran  Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAwana) Peringkat Negeri Kelantan 2026.

Kamarul Bismi ketika ditemui menyatakan kesyukuran atas kejayaan tersebut yang menjadi pemangkin semangat untuk terus mempersembah visual terbaik dalam siaran-siaran berita Utusan Malaysia pada masa akan datang.

“Ini adalah rezeki yang patut disyukuri dan ia dijadikan sebagai satu suntikan semangat buat saya sendiri. Terima kasih kepada kerajaan negeri dan juri-juri profesional atas anugerah ini.

“Insya Allah saya akan berusaha mempersembah visual-visual lebih bermutu pada masa hadapan,” katanya.

Penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN