SUNGAI PETANI: Wanita yang dipukul suaminya sehingga parah dan keguguran kandungan 12 minggu dalam kejadian di Ambangan Heights, semakin beransur pulih. Mohd. Firdaus Mokhtar, 45, berkata, adiknya, Nurfitri, 39, masih dirawat di wad khas Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan menunjukkan perkembangan positif selain tidak lagi mengadu sakit. “Syukur adik saya kini beransur pulih dan mula menunjukkan tanda-tanda positif termasuk mampu berjalan, bercakap dan makan seperti biasa. Semasa melawatnya kelmarin…










