Undi tidak percaya bukan tebuk atap - KJ

Undi tidak percaya bukan tebuk atap – KJ

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Undi tidak percaya tidak wajar dilabel sebagai `tebuk atap’ sekiranya  seseorang pemimpin itu tidak lagi mendapat kepercayaan. 

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia mengamalkan sistem Parlimen Westminster sebagai asas pentadbiran kerajaan, namun ia telah diadaptasi mengikut acuan dan keperluan Perlembagaan Persekutuan Malaysia sendiri.

Beliau berkata, terdapat hampir 25 undi tidak percaya yang berjaya sejak 1742 di Britain, termasuk pada 1979 apabila James Callaghan daripada Parti Buruh kehilangan undi percaya yang membawa kepada pembubaran Parlimen dan pilihan raya sehingga Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri.

“Selain daripada itu, Ramsay MacDonald, 1924, hilang undi percaya dan diadakan pilihan raya di mana konservatif kembali kuat. Ada 25 contoh. Canada, enam. Australia pun ada juga. 

“Saya tak pernah dengar di England sebagai contoh di mana bila adakan satu undi tidak percaya, kalah Perdana Menteri dan terpaksa ada pilihan raya dan ia dipanggil `tebuk atap’,” katanya mengulas isu berkaitan politik Negeri Sembilan dalam siar audio Keluar Sekejap, baru-baru ini. 

Khairy berkata, perkara itu sememangnya dibenarkan kerana ia merupakan konvensyen Parlimen. 

“Dia tak boleh panggil (tebuk atap). Ini konvensyen Parlimen. Memang boleh diadakan. Sebab jika begitu, kita membenarkan seseorang itu sama ada beliau menjalankan tugas dengan baik atau tidak, sama ada beliau masih mendapat kepercayaan atau tidak, mempunyai satu jaminan bahawa beliau boleh kekal sebagai Perdana Menteri selama lima tahun sebelum Parlimen dibubarkan. 

“Jadi, saya faham terdapat perbezaan dari segi konteks di sini.  Tetapi bila kita sentuh `tebuk atap’ kepada sesuatu perkara kepada apa-apa usaha untuk tukar ataupun untuk diadakan pilihan raya awal, saya rasa itu sesuatu yang mungkin tidak berapa adil. Sebab memang dalam konvensyen kita, kalau Perdana Menteri itu dah hilang keyakinan majoriti, Anda boleh melepaskannya, anda juga boleh menyingkirkannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN