UMNO Selangor sertai Himpunan Daulat Tuanku esok

UMNO Selangor sertai Himpunan Daulat Tuanku esok

Himpunan Daulat Tuanku
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Badan Perhubungan UMNO Selangor akan menyertai ‘Himpunan Daulat Tuanku’ yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Selangor di sini, esok bagi turut serta menyatakan solidariti dan taat setia kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

UMNO Selangor dalam kenyataannya berkata, penyertaannya dalam perhimpunan tersebut adalah berdasarkan pendirian isu-isu berkepentingan melibatkan kesucian agama Islam, kedaulatan institusi diraja, ketuanan bangsa Melayu dan perpaduan nasional.

Menurutnya, keempat-empat perkara itu menjadi asas kerukunan rakyat Malaysia.

“Ia menjadi tanggungjawab bersama seluruh Rakyat Malaysia melangkaui perbezaan ideologi politik dan kepelbagaian organisasi.

“Badan Perhubungan Pemuda UMNO Selangor menyeru seluruh barisan kepemimpinan dan ahli-ahli Pemuda UMNO Selangor daripada dua puluh dua bahagian untuk bersama-sama hadir ke Himpunan Daulat Tuanku sebagai tanda solidariti dan taat setia mutlak kita kepada Sultan Selangor,” katanya di sini, hari ini.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan, Lebih 300 organisasi bukan kerajaan (NGO) termasuk berkaitan Islam (NGi) berikrar menggegar perhimpunan yang turut dipanggil sebagai Himpunan Taat Setia itu.

Sekurang-kurangnya 1,000 dijangka berhimpun di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu mencetuskan ‘lautan kuning’ bagi menyatakan solidariti dan terhadap kedaulatan Sultan Selangor.

“Mereka dalam kenyataan sama menegaskan, mutakhir ini khususnya di Selangor, timbul pelbagai isu-isu yang menyentuh kedaulatan institusi diraja Selangor bermula dengan pertikaian dan polemik berterusan berkenaan titah Sultan Selangor.

“Seterusnya penghinaan terbuka yang dibuat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab terhadap Sultan Selangor dalam media sosial. Kemudian, dari situ ada pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan seolah-olah menyanggah titah Sultan Selangor sehingga ingin merujuk pertikaian tersebut ke mahkamah,” jelasnya.

Justeru, UMNO Selangor menyatakan tekad, taat dan setia terhadap kepada Sultan Selangor dengan menghadiri Himpunan Daulat Tuanku yang akan diadakan di hadapan Pintu Utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), esok.

“Akhir sekali kami berharap seluruh Rakyat Negeri Selangor bangkit menyatakan tekad, pendirian bersama-sama dan hadir dalam Himpunan Daulat Tuanku dengan penuh tertib dan mematuhi arahan-arahan pihak penganjur,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN