Mangsa dilanggar pemandu mabuk masih dirawat di ICU

Mangsa dilanggar pemandu mabuk masih dirawat di ICU

Dilanggar pemandu mabuk
SEBUAH Perodua Bezza dipandu secara melawan arus oleh seorang pemandu mabuk dekat Persiaran Kota, di Klang, Selangor, malam kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lelaki penunggang motosikal yang dirempuh pemandu mabuk dirawat di unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini susulan kecederaan parah dialaminya akibat insiden tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, mangsa sebelum ini menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan selepas dibawa ke hospital berkenaan pada malam kelmarin.

“Keadaan mangsa terkini masih dirawat di ICU,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan lelaki berusia 20-an itu bertarung nyawa selepas dirempuh seorang pemandu mabuk yang memandu di laluan bertentangan dekat Persiaran Kota, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa seorang lelaki tempatan dikatakan dalam perjalanan dari arah Pelabuhan Klang menghala ke Shah Alam sebelum dirempuh sebuah kereta Perodua Bezza yang memandu secara songsang sejauh kira-kira 3.5 kilometer (km).

Selain itu, beliau turut memaklumkan pemandu mabuk terbabit disambung reman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah,” ujarnya.

Suspek sebelum ini dibenarkan ditahan reman oleh Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh minuman memabukkan atau dadah sehingga menyebabkan kecederaan.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan penjara tujuh hingga 10 tahun dan denda RM30,000.00 hingga RM50,000.00, selain penggantungan lesen memandu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN