UMNO sedang membina kekuatan baharu generasi muda

UMNO sedang membina kekuatan baharu generasi muda

AHMAD Zahid Hamidi menyaksikan pertandingan nasyid pada Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 sempena Ulangtahun UMNO ke-80, di Kuala Lumpur. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO sedang membina kekuatan baharu termasuk dalam kalangan generasi muda yang menunjukkan minat untuk bersama.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau melihat gelombang itu semakin jelas dan usaha mendekati anak muda perlu berterusan.

“Kita melihat ada gelombang baharu dalam kalangan anak muda yang mahu bersama UMNO dan perkara ini perlu diteruskan.

“Kita harap menjelang PRU16 nanti, usaha Wanita, Pemuda dan Puteri akan membantu mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Pertandingan Nasyid Wanita Kebangsaan 2026 di sini, semalam.

Ahmad Zahid menyifatkan kehadiran ramai penyokong termasuk golongan lelaki dalam program anjuran Wanita UMNO sebagai tanda solidariti dan dukungan terhadap perjuangan parti.

Ahmad Zahid turut mengumumkan peningkatan hadiah wang tunai bagi juara Pertandingan Nasyid Wanita Kebangsaan 2026 daripada RM3,000 kepada RM30,000.

Katanya, ia sebagai penghargaan terhadap komitmen serta pengorbanan peserta yang sanggup berbelanja besar bagi memastikan persembahan terbaik di pentas akhir.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, golongan muda kini mula melihat UMNO daripada perspektif sebagai sebuah parti berpengalaman dan mampu membela nasib rakyat.
Katanya, kecenderungan tersebut dapat dilihat menerusi sambutan menggalakkan dalam kalangan anak muda yang mendaftar sebagai ahli baharu parti itu.
“Alhamdulillah, kita lihat anak-anak muda ini merasakan UMNO mempunyai karakter yang panjang. Ada dalam kalangan mereka datang daripada keluarga yang menyokong UMNO, dan ada juga yang bukan.
“Mereka merasakan perlunya sebuah parti yang boleh membela nasib rakyat, tambahan pula UMNO mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran negara dan tidak pernah mendiskriminasi sesiapa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, UMNO menyasarkan pertambahan 10,000 ahli baharu dalam tempoh lima hari sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-80 yang bermula semalam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN