Tiga pekerja syarikat perkapalan maut tali bot terputus ketika latihan kecemasan

Tiga pekerja syarikat perkapalan maut tali bot terputus ketika latihan kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiga pekerja sebuah syarikat perkapalan maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan melibatkan tali bot yang terputus ketika menjalani latihan kecemasan di perairan sempadan Terengganu-Pahang, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai terlibat dalam latihan kecemasan sebelum tali bot yang digunakan tiba-tiba terputus sehingga mengakibatkan kemalangan berkenaan.

Ketiga-tiga mangsa yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk proses bedah siasat.

Seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah kini menerima rawatan di Jabatan Kecemasan hospital sama. Bagaimanapun, identiti semua mangsa belum diperoleh setakat ini.

Setakat ini juga masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh syarikat perkapalan terbabit berhubung insiden berkenaan. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berkaitan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN