'Tier bukan penentu mutlak parti politik, penentu sebenar di lapangan'

‘Tier bukan penentu mutlak parti politik, penentu sebenar di lapangan’

Sathia Prakash Nadarajan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengelasan ‘tier’ bukan penentu mutlak kemenangan sesebuah parti di kawasan Parlimen dan ia tidak menggambarkan situasi sebenar di lapangan.

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan berkata, faktor sebenar yang menentukan kemenangan di sesebuah Parlimen adalah kepercayaan rakyat, konsistensi khidmat di lapangan dan pendekatan berteraskan kemanusiaan.

Beliau berkata, analisis berasaskan data pilihan raya lalu itu sememangnya penting, namun ia tidak mengambil kira faktor paling kritikal dalam menentukan keputusan semasa.

“Beberapa faktor lain perlu diambil kira termasuk kekuatan calon, gerak kerja jentera dan sentimen pengundi terkini.

“Berdasarkan penilaian dalaman yang lebih menyeluruh, Tambun lebih tepat dikategorikan sebagai Tier 2B, bukan Tier 3,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, calon yang berwibawa dan dekat dengan rakyat mampu mengubah landskap kerana kawasan marginal boleh diperkukuh dan kawasan mencabar boleh menjadi kompetitif.

Dr Sathia berkata, hakikat bahawa ada kerusi dilihat berisiko bukan kelemahan, tetapi tanda kesedaran dan kesiapsiagaan menghadapi realiti.

“Dalam politik hari ini, kemenangan bukan bergantung kepada label ‘tier’, tetapi keupayaan membaca realiti dan bekerja lebih kuat daripada pihak lawan,” katanya.

Berdasarkan dokumen ‘Analisis Strategik PRU16: Ringkasan Mengikut Tier’ dibentangkan di majlis perjumpaan 900 pimpinan PKR di Petaling Jaya, baru-baru ini, kerusi Tambun yang diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikategorikan sebagai
Tier 2B (marginal).

Pengkelasan Tier 2B dan Tier 3 merujuk kepada situasi sesebuah kawasan Parlimen yang kini berada dalam zon berisiko tinggi atau memerlukan pemulihan imej yang serius. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×