Tabik kepada petugas perubatan dan kecemasan - Sarimah Ibrahim - Utusan Malaysia

Tabik kepada petugas perubatan dan kecemasan – Sarimah Ibrahim

SARIMAH IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Anda adalah adiwira sebenar.”

Demikian penghormatan yang ditunjukkan pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim terhadap pasukan perubatan dan kecemasan yang sentiasa cekap menjalankan tugas.

Menerusi sedutan drama Bila Cinta Menjadi Dosa, Sarimah memberitahu pasukan tersebut menyimpan banyak cerita seram bersangkutan tugas mereka.

“Pasukan kecemasan dalam dalam ambulans itu memang pasukan sebenar.

“Mereka bercerita banyak kisah-kisah menyeramkan semasa saya berada dalam ambulans untuk melakonkan babak ini.

”Tabik kepada semua petugas perubatan dan kecemasan,” katanya.

Dalam pada itu, Sarimah memaklumkan yang beliau tidak tidur kerana trauma melakonkan babak tersebut.

“Selepas melakonkan babak ini, saya tidak tidur tiga hingga empat hari dan tidak ingat apa yang berlaku.

“Trauma terbayangkan realiti jika betul anak hilang,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN