Sultan Ibrahim Ketua Negara Malaysia pertama hadir sambutan Hari Kemengan

Sultan Ibrahim Ketua Negara Malaysia pertama hadir sambutan Hari Kemengan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke Moscow, Rusia sebagai Tetamu Kehormat Sambutan Ulang Tahun Ke-81 Hari Kemenangan mencerminkan kedudukan Malaysia semakin dihormati di peringkat antarabangsa, selain menzahirkan peranan Institusi Diraja dalam memperkukuh hubungan dua hala demi manfaat bersama.

Istana Negara memaklumkan, Seri Paduka Baginda melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia pertama dijemput menghadiri sambutan berprestij itu yang berlangsung di Dataran Merah, Moscow, hari ini.

Menurut kenyataan itu, jemputan khas daripada Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin kepada Seri Paduka Baginda merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan negara itu terhadap Malaysia.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menyaksikan perarakan ketenteraan bersama Presiden Putin serta barisan tetamu kehormat lain.

Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden Republik Belarus, Aleksandr Lukashenko; Presiden Republik Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev; Presiden Republik Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev; Presiden Laos, Thongloun Sisoulith dan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico.

Hari Kemenangan disambut setiap tahun dengan penuh istiadat serta diiringi perarakan ketenteraan di Dataran Merah bagi memperingati kemenangan Kesatuan Soviet dalam Perang Dunia Kedua dari tahun 1941 hingga 1945.

Menurut Istana Negara, keberangkatan Sultan Ibrahim ke Moscow turut menggambarkan peranan penting Institusi Diraja dalam memperkukuh hubungan antarabangsa serta mengangkat imej negara di persada global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN