PETALING JAYA: Seramai 14 orang hakim menerima surat cara pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi dalam satu istiadat di Istana Negara, hari ini. Pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Dewan Singgahsana Kecil. Istiadat itu dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada dua Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk P. Ravinthran dan Datuk Azmi Ariffin. Baginda…










