Sukarelawan APM didenda RM4,000 sebar berita palsu BUDI95

Sukarelawan APM didenda RM4,000 sebar berita palsu BUDI95

ROMFAZLY Syam Mohd Mokhtar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membuat hantaran palsu mengenai subsidi Budi MADANI RON95 (BUDI 95) di Mahkamah Sesyen Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat hantaran palsu mengenai subsidi Budi MADANI RON95 (BUDI95).

Tertuduh, Romfazly Syam Mohd Mokhtar, 46, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Hakim Ahmad Fuad Othman menetapkan hukuman itu dan enam bulan penjara jika denda tidak dibayar.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 4 April lalu sebelum dikesan pada 5 April lalu kira-kira jam 11 pagi di Aras 8, MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, Cyberjaya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Ahmad Fuad menegaskan, tertuduh sepatutnya memainkan peranan sebagai “ejen kerajaan” untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai dasar serta peranan kerajaan.

“Anda sepatutnya perlu lebih berhati-hati terhadap sebarang hantaran di media sosial,” katanya.

Mahkamah kemudian dimaklumkan tertuduh menjelaskan denda yang dikenakan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Nazrul Nizam Mohd Zameri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN