Siasatan terhadap Jho Low masih diteruskan

Siasatan terhadap Jho Low masih diteruskan

MOHD. KHALID ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Siasatan polis membabitkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low masih diteruskan meskipun terdapat dakwaan dia sedang memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, perkara begini agak sensitif untuk dibincangkan memandangkan masih dalam perhatian dan tindakan pihak polis.

“Isu ini masih lagi dalam peringkat siasatan yang berterusan dan kita masih lagi meneruskan tindakan seperti dahulu dan mengadakan hubungan yang baik dengan negara-negara berkaitan,”katanya semasa sidang akbar selepas Majlis Penutupan Program Polis PDRM Special Dialogue 2026 di sini, hari ini. 

Media hari ini melaporkan Jho Low didakwa sedang mengemukakan permohonan pengampunan daripada Trump.

Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), permohonan itu difailkan beberapa minggu lalu berdasarkan sumber yang mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan.

Laporan itu menyebut, jika permohonan terbabit diluluskan, ia akan menggugurkan semua pertuduhan jenayah yang dihadapi Jho Low di AS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN