Siasatan terhadap Jho Low masih on - SPRM

Siasatan terhadap Jho Low masih on – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Siasatan SPRM terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang didakwa menjadi dalang utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), masih berjalan.

Itu respon Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika ditanya selepas laporan Wall Street Journal (WSJ) mendakwa Jho Low sedang memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

“Siasatan masih ‘on’. Tidak pernah ditutup. Itu sahaja respons daripada saya. Masih lagi dibuka,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini. 

Pada 13 Mei lalu, Pengerusi Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Jho Low tidak wajar diberi pengampunan.

Pasukan petugas 1MDB yang diterajui Johari ditubuhkan bagi mendapatkan semula dana serta aset berkaitan 1MDB di seluruh dunia.

Permohonan pengampunan Jho Low itu wajar ditolak, sebaliknya AS perlu membantu Malaysia mengesan individu berkenaan untuk siasatan lanjut. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN