Seremban rekod 552 kes tipu, kerugian lebih RM15 juta

Seremban rekod 552 kes tipu, kerugian lebih RM15 juta

ALZAFNY Ahmad (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen serah tugas antara Azahar Abdul Rahim (kiri) dan Mohd. Yatim Osman pada majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Seremban di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 552 kertas siasatan kes tipu telah dibuka di daerah ini sejak awal tahun ini hingga semalam dengan jumlah kerugian lebih RM15.7 juta.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd. Yatim Osman berkata, jumlah kes tersebut meningkat berbanding 523 kes untuk tempoh yang sama tahun lalu tetapi dengan jumlah kerugian lebih tinggi iaitu RM29.7 juta.

Katanya, jumlah kes pecah amanah pula menurun kepada 10 kes dengan kerugian RM1.78 juta berbanding 12 kes dengan kerugian lebih RM312,000 tahun lalu.

“Sebanyak 37 kes di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang dilaporkan berlaku dengan jumlah kerugian RM4,740 berbanding kerugian sebanyak RM19,950 daripada 19 kes tahun lalu.

“Sehingga kini, tiada kes jenayah siber dilaporkan berlaku berbanding empat kes tahun lalu dengan jumlah kerugian lebih RM83,000,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Seremban di sini, hari.

Pada majlis itu, ACP Azahar Abdul Rahim menyerahkan tugas Ketua Polis Seremban yang baharu kepada Mohd. Yatim.

Majlis itu disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

Mohd. Yatim sebelum ini Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalu Lintas), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menggantikan Azahar yang bersara wajib.

Mohd. Yatim memberitahu, keutamaan beliau pada masa ini ialah menjayakan tugas dan program yang telah digariskan oleh pemegang jawatan terdahulu.

Beliau berharap mendapat sokongan daripada para pegawai, anggota dan semua peringkat masyarakat di daerah ini bagi membanteras jenayah dan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN