Azar Azmi dibebaskan tanpa syarat, jadi saksi pendakwaan

Azar Azmi dibebaskan tanpa syarat, jadi saksi pendakwaan

AZAR Azmi hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini bagi mendengar pertuduhan terhadap suaminya. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: “Saya minta maaf ya, kalau boleh tolong bagi ruang dekat saya. Insha’Allah kalau ada apa-apa nanti saya akan beritahu.”

Itu reaksi ringkas pelakon, Siti Azar Ameerah Azmi, 35, ketika ditemui pemberita di Mahkamah Seremban hari ini.

Pelakon berkenaan hadir ke mahkamah dengan mengenakan jubah hitam untuk mendengar prosiding pertuduhan suaminya, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri,41 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, Azar telah dibebaskan oleh pihak polis lebih kurang pukul 8 pagi tadi.

“Pelakon wanita ini dibebaskan selepas suaminya didakwa di mahkamah dan dia akan dibebaskan tanpa syarat dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan.

“Setakat ini, di Negeri Sembilan masih dua kes disiasat melibatkan pelakon dan suaminya iaitu kes tipu tanah kurniaan dan urusan darjah kebesaran ‘Datuk’ yang tidak wujud,” katanya ketika dihubungi  hari ini.

Azahar berkata, manakala satu kes tipu pelaburan lembu di Kuala Lumpur masih menunggu arahan selanjutnya oleh pihak pendakwa raya berhubung siasatan kes.

Sebelum ini media melaporkan pasangan itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan sebelum disambung sehari bagi membantu siasatan berkenaan penipuan anugerah pingat.

Hari ini, media melaporkan seorang lelaki yang juga suami kepada seorang pelakon drama dihadapkan ke mahkamah di sini, atas dua pertuduhan menipu dua mangsa atas urusan mendapatkan Darjah Kebesaran Dato’ dan tanah kurniaan negeri Selangor, tahun lalu.

Tertuduh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN