Seorang jemaah Malaysia meninggal dunia

Seorang jemaah Malaysia meninggal dunia

MOHD. Hisham Harun dalam sidang akhbar di Mekah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci hari ini selepas rebah ketika berada di kawasan Masjidil Haram.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Hisham Harun berkata, Allahyarham merupakan seorang lelaki berusia 65 tahun dari Pahang yang hadir menunaikan ibadah haji bersama isterinya.

Menurut beliau, kejadian berlaku ketika Allahyarham berada di dataran Masjidil Haram untuk menunaikan solat fardhu Jumaat sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. 

“Pasukan perubatan segera memberikan rawatan awal termasuk bantuan pernafasan di lokasi kejadian sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Jiwar Jabal Omar, Makkah.

“Bagaimanapun, jemaah tersebut disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.15 tengah hari akibat komplikasi jantung (cardiac arrest),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, pihak Tabung Haji (TH) telah membantu menguruskan segala urusan pengebumian Allahyarham. 

“Jenazah disolatkan di Masjidil Haram selepas solat Maghrib dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al-Sharaea, Mekah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Hisham berkata, TH turut memaklumkan bahawa kebajikan isteri Allahyarham sedang diberi perhatian, selain bantuan sokongan oleh petugas kebajikan, kaunselor dan pembimbing ibadah haji.

Selain itu, pihak TH juga akan mengadakan majlis bacaan tahlil bersama jemaah haji lain dalam masa terdekat.

Mohd. Hisham berkata, pihaknya turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN