Senheng buka senQ baharu di Easyhome Mall USJ - Utusan Malaysia

Senheng buka senQ baharu di Easyhome Mall USJ

LIM Kim Heng (tujuh dari kiri) semasa Majlis Pembukaan Rasmi senQ Easyhome Mall dan Pelancaran Rasmi Senheng Home Customisation (SHC) di Easyhome Mall USJ hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: Senheng New Retail Berhad melancarkan pembukaan rasmi cawangan senQ baharunya di Easyhome Mall USJ, sekali gus memperkenalkan Kempen Laluan Penebusan S-Coin sepanjang 100 kaki serta menawarkan pulangan tunai S-Coin sehingga 100 peratus.

Kempen selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Mei itu menawarkan pulangan tunai S-Coin sehingga 100 peratus bagi lebih 1,500 produk terpilih melibatkan peralatan rumah, perabot dan produk gaya hidup.

Pengarah Urusan Senheng, Lim Kim Heng berkata, pelancaran itu bukan sekadar pembukaan kedai atau platform baharu, sebaliknya mencerminkan perubahan landskap peruncitan yang kini berkembang melangkaui elektronik pengguna tradisional kepada ekosistem kehidupan rumah yang lebih menyeluruh.

“Sebagai trend masa depan, saluran kelengkapan rumah membolehkan kami mendekati pengguna lebih awal berbanding saluran perkakas tradisional.

“Ia juga membuka peluang kepada kami untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan lebih awal dalam perjalanan penyediaan rumah mereka dengan kecekapan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pembukaan Rasmi senQ Easyhome Mall dan Pelancaran Rasmi Senheng Home Customisation (SHC).

Kim Heng berkata, pengenalan Kempen Laluan Penebusan S-Coin 100 kaki membolehkan pelanggan merasai sendiri nilai ekosistem syarikat secara lebih nyata.

“Bagi menandakan peristiwa penting ini, kami turut menawarkan pulangan tunai S-Coin sehingga 100 peratus sepanjang tempoh pembukaan tiga hari.

“Ini sekali gus mengukuhkan komitmen kami dalam memberikan nilai dan pengalaman lebih baik kepada pelanggan,” ujarnya.

Menurutnya, cawangan konsep baharu itu turut menampilkan pengalaman membeli-belah imersif termasuk zon penyesuaian rumah dengan persediaan dapur dan ruang tamu, dinding paparan bahan, kawasan pengalaman televisyen format besar serta blok produk khusus.

“Di senQ Easyhome Mall USJ, pelanggan dialu-alukan ke ruangan tengah tingkat bawah yang menawarkan pengalaman membeli-belah lebih imersif dan bermanfaat.

“Cawangan ini turut menampilkan siri TV Mini-LED 4K RGB 116 inci terkini, rangkaian produk rumah dan gaya hidup terpilih daripada jenama terkemuka serta Laluan Penebusan S-Coin sepanjang 100 kaki yang mempamerkan pelbagai produk untuk ditebus.

“Stor baharu ini bukan sekadar kedai jualan biasa, tetapi menawarkan pengalaman gaya hidup kediaman yang lebih lengkap.

“Ia menunjukkan bagaimana Senheng berkembang daripada hanya menjual peralatan elektrik kepada ekosistem kehidupan rumah yang menyeluruh,” jelasnya.

Selain promosi pembukaan cawangan, syarikat itu turut melancarkan platform Senheng Home Customisation (SHC) dengan pelanggan terawal menikmati ganjaran eksklusif apabila 100 pelanggan pertama bagi pembelian perabot serta 30 pelanggan kabinet pertama menerima pulangan tunai S-Coin 100 peratus.

Selepas tempoh pelancaran, platform itu akan terus menawarkan pulangan tunai S-Coin sebanyak 50 peratus sebagai nilai tambah jangka panjang kepada pelanggan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN