Sedia kasut sukan bundle dalam kereta untuk murid susah - Utusan Malaysia

Sedia kasut sukan bundle dalam kereta untuk murid susah

MAT Saidi Yusof (tengah) bersama sebahagian murid SK Bukit Jejulong, Marang, Terengganu membeli barangan asas keperluan rumah daripada duit hasil sumbangan orang ramai di sebuah pasar raya. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Tersentuh hati melihat kedaifan murid yang tidak mampu membeli kasut sukan untuk latihan olahraga di sekolah, mendorong seorang guru menyediakannya untuk diberikan kepada mereka.

Ia bermula 23 tahun lalu apabila Mat Saidi Yusof yang ditempatkan di sekolah pertamanya sebagai guru sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang di sini, mengambil inisiatif berkenaan untuk membantu murid dalam kalangan keluarga susah.

“Ketika mula-mula jadi guru, gaji pun tidak banyak. Jadi , saya ke kedai kasut terpakai (bundle)dan beli kasut saiz kanak-kanak. Saya beli empat atau lima pasang dan letak dalam kereta.

“Apabila saya tengok ada murid yang pakai kasut sekolah untuk latihan sukan, saya berikan kasut tersebut kepada mereka. Mereka tidak mampu beli kasut sukan kerana datang dari keluarga susah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mat Saidi yang kini berkhidmat di SK Bukit Jejulong berkata, sejak aktif sebagai pencipta kandungan dua tahun lalu de­ngan menghasilkan video membantu murid susah, banyak pihak tampil memberi sumba­ngan.

Katanya, kandungan yang di­buat bukan untuk hiburan semata-mata tetapi membuka mata orang ramai bahawa terdapat murid yang memerlukan bantuan di kawasan pedalaman.

“Mungkin ada orang tengok perkara itu biasa tetapi ada pihak yang melihat video-vi­deo yang saya hasilkan sebagai ­ruang untuk mereka memberi sumbangan.

“Saya terharu apabila ada syarikat dan individu sudi menaja biasiswa untuk murid di sekolah. Setakat ini ada tujuh murid yang terdiri daripada golongan asnaf dan cemerlang dalam pelajaran menerima biasiswa RM100 sebulan,” katanya.

Mat Saidi berkata, bekas guru besar sekolah itu, Zakaria Omar merupakan ‘orang kuat’ yang berdiri bersamanya untuk mela­kukan kerja-kerja amal membantu murid-murid susah di sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN