Saifuddin nafi pengumuman Rafizi cubaan sabotaj Konvensyen PH - Utusan Malaysia

Saifuddin nafi pengumuman Rafizi cubaan sabotaj Konvensyen PH

SAIFUDDIN Nasution Ismail berucap pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Pusat Khidmat Masyarakat beliau di Taman Sejahtera, Lunas di Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Pengumuman hala tuju politik oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Ahad ini tidak harus dilihat sebagai cubaan mensabotaj Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung pada tarikh sama.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Rafizi dan rakan-rakannya bebas membuat sebarang pengumuman memandangkan Malaysia merupakan negara demokrasi yang menjamin kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

“Dia, Rafizi dan kawan-kawan bebas untuk membuat apa juga pengumuman. Negara ini negara demokrasi, kita ada jaminan kebebasan berpesatuan, kebebasan berkumpul dan sebagainya.

“Kalau kemudiannya tarikhnya bertembung, saya tak tengok ia sebagai percubaan sabotaj dan sebagainya,” katanya selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Pusat Khidmat Masyarakat beliau di Taman Sejahtera, Lunas.

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya telah lama merancang konvensyen berkenaan sebagai persediaan awal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Konvensyen PH ini, kita dah buat perancangan lama, sudah berbulan-bulan kita bincang. Ia merupakan permulaan kepada PRN yang telah disusun mengikut perancangan,” ujarnya.

Beliau berkata, PH akan tetap meneruskan agenda yang telah dirancang dan tidak melihat pengumuman Rafizi itu akan menjejaskan kekuatan gabungan berkenaan.

“Kita tunggu kepada mobilisasi kekuatan yang ada pada PH. Takkanlah terkesan hanya dengan satu pengumuman Rafizi. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada sahabat saya kalau itu permulaan laluan yang dia pilih, manakala PH akan terus menyelesaikan perkara-perkara yang sudah disusun,” katanya.

Semalam, Rafizi menyatakan pengumuman hala tuju politiknya bersama Nik Nazmi pada Ahad ini sebagai sesuatu yang luar biasa dan bukan sekadar pengumuman politik biasa.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, keputusan untuk mengadakan pengumuman secara terbuka serta menjemput orang ramai hadir menunjukkan ia mempunyai signifikan tersendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN