TEMERLOH: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyasarkan bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN). Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah awal ke arah itu sudah pun diambil apabila parti tersebut secara rasmi memohon menyertai gabungan berkenaan. Katanya, keputusan berhubung permohonan itu dijangka diketahui dalam masa terdekat sekali gus membuka laluan…










