Polis dapatkan pandangan pakar akademik berhubung hantaran Tony Pua

Polis dapatkan pandangan pakar akademik berhubung hantaran Tony Pua

TONY PUA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Pandangan pakar akademik mengenai Perlembagaan Persekutuan akan digunakan oleh pihak polis dalam membantu siasatan berhubung satu hantaran media sosial oleh bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang didakwa berkaitan Rukun Negara. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, sebanyak 120 laporan polis berhubung kes berkenaan dan seramai 95 saksi sudah dirakam percakapan untuk membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Kita juga sudah merakam percakapan Tony Pua selepas menerima laporan polis. Daripada percakapan-percakapan ini, kita akan merujuk kertas siasatan ini kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Sebelum itu kita juga akan merakamkan percakapan daripada pakar akamedik daripada sudut Perlembagaan Persekutuan untuk kita mendapatkan pandangan daripada sudut akademik mengenai Perlembagaan Persekutuan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Kumar memaklumkan pihaknya sedang menunggu arahan lanjut daripada AGC berhubung insiden tembakan yang menyebabkan kematian tiga individu di Durian Tunggal, Melaka pada November tahun lalu.

Katanya, kertas siasatan sudah dirujuk kira-kira empat kali ke Jabatan Peguam Negara dan diberi beberapa arahan untuk melengkapkan siasatan dengan semua arahan daripada AGC susah diambil tindakan. 

“Selepas itu kita akan maklum hala tuju berhubung siasatan berkenaan. Seramai 63 saksi sudah dirakam percakapan untuk kes Durian Tunggal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN