PM tidak hadir penutup Festival Muzik Air Rain Rave 2026 esok

PM tidak hadir penutup Festival Muzik Air Rain Rave 2026 esok

TIONG King Sing (tengah) sewaktu merasmikan Program Rain, Rave, Water, Music Festival di Bukit Bintang, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan hadir bagi merasmikan penutup Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang berlangsung di Bukit Bintang esok.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ketidakhadiran Perdana Menteri itu disebabkan pertindihan dengan program rasmi lain yang telah dijadualkan lebih awal.

“PM tidak turun, dia (Anwar) ada program lain. Bercanggah dengan program lain. Tapi tak mengapa. Semua VIP (orang kenamaan), siapa ada senang dia turun, siapa tidak senang tak perlu turun pun tidak mengapa.

“Kita buat program ini untuk rakyat bukan VIP. Terutama sekali pekerja-pekerja. Kita bagi dia masa, tenang-tenang,” katanya selepas merasmikan Festival muzik berkonsepkan air di Bukit Bintang, semalam.

Terdahulu, di dalam tentatif program, Perdana Menteri dijangka hadir bagi menyempurnakan kemuncak acara pada hari penutup festival berkenaan.

Festival muzik berkonsepkan air itu berlangsung selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei ini dengan pelbagai pengisian hiburan, persembahan artis tempatan serta aktiviti interaktif melibatkan pengunjung.

Pembukaan festival itu yang berlangsung semalam turut menyaksikan gabungan elemen teknologi moden dan seni budaya sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan industri pelancongan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN