Peserta GSF 2.0 mahu teruskan pelayaran

Peserta GSF 2.0 mahu teruskan pelayaran

SANI Araby Abdul Alim Araby pada sidang khas akhbar hari ini. - UTUSAN/ARIF AIMAN ASROL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Kesemua peserta Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersedia untuk meneruskan pelayaran ke Gaza walaupun berdepan sekatan daripada Israel.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, 21 dari 22 bot sudah disahkan dengan satu daripadanya dipercayai disabotaj oleh rejim Zionis dan terputus hubungan.

Menurut beliau, keseluruhan bot kini dilaporkan selamat dan sedang berlindung di perairan Greece dan peserta masih bersemangat untuk meneruskan pelayaran misi kemanusiaan itu.

Katanya, perbincangan akan dilakukan bagi menentukan sama ada misi GSF 2.0 akan diteruskan.

“Kita masih lagi berpendirian bahawa apa yang kita lakukan ini betul dan disahkan oleh perundangan dan semua delegasi yang berteduh masih bersemangat dan bersedia untuk meneruskan pelayaran termasuk yang menanti kita di Turkiye,” katanya semasa sidang khas akhbar, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, seramai 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 dilaporkan diculik dan dibawa ke Israel menggunakan kapal laut milik rejim itu.

Insiden tersebut berlaku ketika mereka menghampiri perairan Greece dengan 21 kapal disahkan telah dipintas oleh pihak rejim pada jarak kira-kira 80 batu nautika.

Dalam pada itu, Sani Araby berkata, pihaknya berharap Malaysia terus memberi tekanan supaya kesemua aktivis termasuk rakyat Malaysia yang ditahan oleh Israel dibebaskan dengan kadar segera.

“Saya harapkan dari Parlimen Malaysia iaitu dari kerajaan dan pembangkang untuk bersatu hati serta memberi tekanan sebesar-besarnya kepada pihak rejim Zionis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN