Lelaki didakwa kendali makmal dadah dalam kampus universiti

Lelaki didakwa kendali makmal dadah dalam kampus universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MICHIGAN: Seorang lelaki berusia 31 tahun ditangkap dan didakwa kerana mengendalikan makmal methamphetamine di Universiti Negeri Michigan, yang menyebabkan penutupan Wells Hall, bangunan akademik terbesar di kampus itu minggu ini.

Menurut polis negeri dalam satu kenyataan, Xin Tong berdepan tuduhan merosakkan harta benda secara berniat jahat melebihi AS$20,000 (RM79,400) serta mengendalikan makmal methamphetamine.

Dia kini ditahan di Penjara Daerah Ingham dengan ikat jamin tunai sebanyak AS$50,000 (RM198,503).

Ketua Keselamatan Kampus, Mike Yankowski dalam sidang media pada Rabu berkata, insiden itu melibatkan bahan tidak dikenali yang ditemukan pada lantai dan pintu di seluruh bangunan di East Lansing.

Sekitar pukul 9.30 malam Ahad, polis kampus menerima laporan mengenai kemungkinan pencerobohan. Pegawai menemui Tong di tingkat lima bersama empat atau lima beg galas serta beg sandang.

Polis kemudian memperoleh waran geledah dan menemukan beberapa bekas berlabel dan tidak berlabel yang mengandungi cecair tidak dikenali, kata Yankowski.

Kenyataan media itu mengenal pasti bahan-bahan berkenaan sebagai pelet natrium hidroksida, asid hidroklorik, metanol, alkohol isopropil, aseton dan butana.

Polis berkata, bahan tersebut boleh dibeli secara sah dalam talian dan di kedai.

Polis turut meminta bantuan agensi penguat kuasa lain, termasuk Jambatan Bomba East Lansing, yang menjalankan ujian serta kawalan kualiti udara di dalam bangunan tersebut.

Wells Hall ditutup sebagai langkah berjaga-jaga. Bangunan itu akan kekal ditutup sehingga Jumaat, manakala peperiksaan dipindahkan dan dijadualkan semula, menurut kenyataan pihak universiti.

Yankowski berkata, bangunan itu mengalami kerosakan harta benda ketara, yang disifatkan polis negeri berkait langsung dengan aktiviti jenayah yang didakwa.

Bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan sama ada Tong merupakan pelajar atau kakitangan fakulit, dan siasatan kes masih diteruskan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×