Peserta GSF 2.0 belum tiba di Ashdod, nasib belum diketahui sejak 48 jam lalu.

Peserta GSF 2.0 belum tiba di Ashdod, nasib belum diketahui sejak 48 jam lalu.

SANI ARABY ABDUL ALIM ARABY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Setakat berita ini ditulis, Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) belum menerima apa-apa perkembangan mutakhir mengenai kesemua peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 yang ditahan Israel pada Isnin lalu dan semalam.

Kebimbangan itu disuarakan Ketua Pengarah SNCC Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby pada sidang akhbar terkini perkembangan misi itu, hari ini.

Sani Araby berkata, pihaknya masih kabur mengenai nasib kesemua aktivis yang ditahan itu kerana kelibat mereka belum dilihat di Pelabuhan Ashdod, Israel.

“Kami belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenai nasib ratusan aktivis kemanusiaan itu
walaupun penahanan sudah dibuat hampir 48 jam lalu.

“Sehingga kini pihaknya masih menunggu pengesahan berhubung lokasi sebenar serta status terkini kesemua aktivis terbabit daripada para peguam The Legal Centre for Arab Minority Rights in Israel (ADALAH) yang kini sudah berada di Israel.

“Sudah hampir 48 jam berlalu, namun kami masih belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai lokasi sebenar mereka, ke mana mereka dibawa atau keadaan terkini semua aktivis yang ditahan,” katanya.

Katanya, pihaknya dimaklumkan mereka (peserta) dipercayai ditahan sementara di atas kapal sebelum dibawa ke Pelabuhan Ashdod, namun setakat ini maklumat rasmi masih sangat terhad.

Sani Araby berkata, beliau berharap komuniti antarabangsa termasuk badan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dapat mendesak Israel memberi akses maklumat serta menjamin keselamatan semua aktivis.

“Kami menuntut ketelusan dan jaminan keselamatan kepada semua aktivis kemanusiaan yang menyertai misi ini. Mereka berada di sana atas dasar kemanusiaan, bukannya ancaman ketenteraan,” katanya.

Katanya, pihaknya dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahik serta Menteri Luar
melalui Wisma Putra sedang menggerakkan usaha diplomatik dan meningkatkan tekanan antarabangsa supaya semua aktivis dibebaskan dengan segera serta berada dalam keadaan selamat.

Jelasnya lagi, SNCC menyokong penuh ketegasan Kerajaan Malaysia yang mengecam keras insiden pencerobohan terhadap misi kemanusiaan ini termasuk nada keras Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang menyifatkan tindakan rejim apartheid israel terhadap flotilla kemanusiaan ini sebagai tindakan ‘lanun dan penyamun’ di perairan antarabangsa.

Sani Araby berkata, pencabulan rejim ini berlaku ketika dunia sedang menyaksikan perkembangan mutakhir di mana dilaporkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sedang mengeluarkan waran tangkap ke atas lima pimpinan tertinggi israel termasuk menteri serta komander IOF atas jenayah perang.

“Ini membuktikan secara perundangan global bahawa delegasi kita kini dipaksa tunduk di bawah cengkeraman sebuah gerombolan penjenayah perang yang diburu dunia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN