Pesawat MH8110 berlepas penerbangan alternatif esok

Pesawat MH8110 berlepas penerbangan alternatif esok

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Penerbangan MH8110 membawa 278 jemaah haji Malaysia yang mendarat di Lapangan Terbang Muscat, Oman ekoran isu teknikal dijadualkan berlepas ke Jeddah dengan pesawat alternatif pada 6 Mei.

Lembaga Tabung Haji (TH) berkata, penerbangan itu dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada jam 5.10 pagi (waktu Arab Saudi), hari yang sama. 

Katanya, semua 278 jemaah haji yang terlibat telah diberikan makanan dan minuman sebelum dibawa ke hotel penginapan untuk berehat sementara menunggu waktu pelepasan. 

“Petugas daripada pihak AMAL by Malaysia Airlines telah ditugaskan untuk berada di lapangan terbang berkenaan segera bagi memantau keadaan semasa dan memastikan kebajikan jemaah terjaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, TH memaklumkan penerbangan itu mengambil langkah berjaga-jaga mendarat di Lapangan Terbang Muscat, Oman berikutan isu teknikal pesawat.

Katanya, semua 278 jemaah haji daripada KT051 berada dalam keadaan selamat dan pihak keluarga mereka tidak perlu risau dengan situasi tersebut. 

“KT051 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin, 4 Mei 2026, pukul 2.06 petang waktu Malaysia dan dijadualkan tiba di Jeddah sekitar 5.50 petang pada hari yang sama,” kata TH.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN