Pelajar seawal usia 15 tahun terjebak vape

Pelajar seawal usia 15 tahun terjebak vape

DR. Mohd. Azman Yaacob (kiri)mengibarkan bendera sebagai gimik Perasmian Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bersama agensi kerajaan di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesan trend penggunaan vape dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan apabila seramai 214 pelajar dan individu bawah usia 18 tahun dikesan terlibat dalam kegiatan itu sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Mohd Azman Yacob berkata, golongan terbabit didakwa atas kesalahan Orang Belum Dewasa (OBD) merokok di bawah Seksyen 17(1).

Katanya, kes melibatkan pelajar dan remaja bawah umur itu adalah kedua tertinggi direkodkan JKNK dalam tempoh tersebut selepas pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 6,032 premis termasuk kedai serbaneka, premis makanan serta kedai khas vape dan rokok.

“Pelajar seawal usia 15 tahun sudah terjebak dengan vape dan mereka dikesan menghisap bahan itu di lokasi seperti kafe, kedai makan serta tempat menunggu bas.

“Situasi ini sangat  membimbangkan kerana vape kini mudah diperoleh dan dijual secara berselindung di premis perniagaan lain,” katanya selepas Majlis Perasmian Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bersama agensi kerajaan di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, di sini hari ini.

Dr. Azman berkata, kedai jualan vape sebenarnya tidak dibenarkan beroperasi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) namun terdapat peniaga mengambil kesempatan menjual produk tersebut secara tersembunyi walaupun menjalankan perniagaan lain.

“Penjualan vape ini dibuat secara berselindung dan keadaan itu menyukarkan penguatkuasaan dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata, kesedaran mengenai bahaya vape perlu dipertingkat menerusi kempen di sekolah selain menjadikan masjid sebagai platform menyampaikan mesej menerusi khutbah berkaitan bahaya penggunaan vape. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN